Alhamdulilah akhirnya niat saya untuk mendirikan satu laman blog untuk rumah sukan kita akhirnya termakbul jua dalam tengah-tengah kesibukan yang melanda segenap pelajar Year 2 di KMB.
1) Design yang ringkas = sengaja saya buatkannya ringkas supaya mudah untuk halaman dimuatturun. InsyaAllah selepas ini akan lebih banyak gambar akan menyusul dan pastinya saya memerlukan kerjasama ahli Nova yang lain untuk menjayakannya.
2) Sebagai saluran kita bersama = laman web ini kepunyaan ahli Nova bersama dan sesiapa berkehendakkan hasil tulisannya disiarkan bolehlah email kepada saya (lebih mudah berbanding pen drive). Kalau boleh hasil karya itu tidaklah berbaur sensitif yang melampau dan boleh mencetus amarah pihak lain
3) Bahasa = mungkin ada yang bertanya mengapa berita semua dalam Bahasa Melayu. Saya pun tak tahu mengapa saya pilih BM mungkin saya berasa lebih senang begini. Mungkin ada yang protes dan ingin menulis dalam BI jadi tak kisah, anda boleh tulis dan beri kepada saya untuk disiarkan.
Perkara-perkara lain yang mungkin penting untuk diketengahkan
1) Bendera rumah - mungkin kita yang agak terlewat dan saya mohon maaf sangat2 kerana kesilapan pemahaman saya dengan MPP menyebabkan bendera kita lewat disediakan. Pada mulanya saya menyangka MPP akan menguruskan segala hal berkaitan bendera dan saya sudah pun serahkan design kepadanya. Tiba-tiba saja tak jadi. Tapi jangan risau saya telah membeli kain dan menyerahkan kepada pelajar perempuan untuk menguruskannya. Harap agar selasa ini kita sudah boleh menggunakannya untuk dikibar-kibar
2) Bayaran - setiap pelajar Year 2 akan dikenakan bayaran RM 3. Mungkin bunyi mcm besar tapi begitulah hakikatnya. RM 2 akan digunakan untuk bayar kepada MPP untuk piala pusingan (saya tak sempat nak mention dalam mesyuarat sebab kedatangan year 2 yang amat sedikit melupakan saya). RM 1 pula untuk kegunaan Nova yang lain seperti air minuman dan sebagainya. Insya Allah. Year 1 pula anda dikehendaki membayar RM 1 sahaja.
Rasanya itu saja buat masa ini dan mohon blog ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sebarang komen boleh letak di shoutbox di sebelah kanan atau email saya di shah_jat@yahoo.com / laman web peribadi www.norshah.com .
Majulah NOVA PHOENIX untuk kita semua
Soaring Head Up High (Menaikkan kepala tinggi tinggi) - huk aku translate suka hati ja.
- Shahkang - kapten Nova Phoenix
Iman dan Epal
13 years ago
1 comment:
nova ftw
Post a Comment