Friday, October 17, 2008

Laporan Hari Pertama

Nova Phoenix mula menunjukkan belangnya yang tersendiri setelah berjaya meraih dua
kemenangan daripada empat acara yang dipertandingkan manakala satu seri dan satu kalah.

Bola Sepak—kesilapan formasi punca seri

Bermula hambar pada awal perlawanan menyaksikan pengurus pasukan melakukan beberapa pertukaran drastik
“Kita masih berada di awal kejohanan dan
keserasian antara pemain merupakan elemen yang sukar digapai” kata Shahkang ketika ditemui di Blok B semalam.
Bagi ketua pasukan, Encik Shahir,
beliau beranggapan perlawanan hari ini sebagai kucar-kacir kerana formasi yang
dirancang didapati kurang sesuai
“Kita mempunyai pemain yang berbakat seperti Pudin dan Zayd Umair namun disebabkan stratergi yang kurang berkesan, kita gagal mencari gol”
Beliau turut berasa gembira dengan prestasi rakan sepasukan yang berjaya menyerap asakan pasukan Pahlawan Dark yang bertali arus hingga wisel penamat ditiup.

Bola Jaring—amukan yang menular

Amukan Nova beralih pula ke gelanggang bola jaring bersebelahan Blok D apabila membelasah pasukan DK dengan jaringan 4-1.

“Kita dibarisi pemain muda (year 1 ) dan senior yang bepengalaman dan insyaAllah dengan izin-Nya kami akan dapat mara ke final untuk mengharumkan nama Nova Phoenix,” Farihah Azwa M07C (bukan nama sebenar)

PingPong—hayunan halilintar menggamit suasana dewan

Perlawanan pingpong yang diadakan di pentas sedikit menceriakan skuad Nova setelah pasukan badminton kalah tipis di arena yang sama.

Skuad pingpong yang dibarisi pemain seperti Nurul Ain Zakaria dan Muhd Pear nampaknya gagal digugat pemain DK yang namanya tidak diketahui.

Badminton— nasib tidak menyebelahi kita

Walaupun disifatkan sebagai acara yang mencacatkan hari gemilang Nova , namun semangat pemain badminton tidak sekumit pun tercela.

“Kalah dengan mata 1-2 bukanlah bermakna kita tewas selama-lamanya, kita masih mempunyai peluang ,” kata kapten, Hanif Noorizan

Hanif kemudiannya bernekad membalas
dendam untuk perlawanan seterusnya bertemu Sub Zero dan Orange County.


Pasukan bola sepak Nova Phoenix


Penyerang Nova Phoenix dijaga rapi pemain Dark Knight


Barisan pertahanan yang diketuai oleh Syuq MPP

No comments: