Tuesday, October 21, 2008

Hari Kelima

NOVA PHOENIX TERBANG TINGGI
Kemenangan besar Hoki, Bola Keranjang dan Sepak Takraw suntik semangat pemain


Pasukan Nova Phoenix mengamuk pada hari keempat dengan kemenangan menerusi jurang yang besar dalam hoki, bola keranjang dan sepak takraw.

Hal itu disahkan oleh coordinator Nova Phoenix, Encik Ibnu ketika ditemui malam semalam. Bola sepak pula hanya mencatatkan keputusan seri manakala bola tamper dan tennis masih mencari rentak untuk menemui kemenangan sulung.

Bola Keranjang

Walaupun tiada pemberita hadir di gelanggang namun semangat pemain bola keranang yang diketuai Khalil Khairi tidak mudah luntur semangat lantas mengamuk dengan gaya tersendiri membenam Sub Zero 22-12.

Pasukan yang disertai oleh beberapa pemain terkemuka lain seperti Shahir, Hafiz, Daus berjaya melupakan kegagalan menentang OC tempoh hari

“Kami bernekad bertemu OC di perlawanan akhir untuk menebus kehampaan” - Shahir A07B

Hoki

Muzal dan rakan-rakan sekali lagi mencuri tumpuan dengan comeback menarik setelah ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama. Muzal yang juga pemain ragbi yang mewakili kolej ke KM Kulim tempoh hari lalu tidak menghampakan peminat dengan dua gol menarik sumbangannya.

Ketua pasukan Hoki, Farid Wajdi berasa yakin pasukannya mampu memberi saingan sengit ketika perlawanan akhir bertemu Dark Knight, khamis ini.


Pali melakukan hayunan deras sambil dihalang Aidil (kanan)


Muzal mencari rentak terbaik


Mengawal pintu gol dengan fokus yang tersendiri


Tennis

Walaupun tewas namun senyuman masih terukir di bibir setiap pemain dengan keazaman yang tersemat untuk perlawanan lusa bertemu Dark Knight.

Bola Tampar Lelaki


Syazwan (berseluar biru) - salah seorang tonggak utama pasukan



Skuad yang rata-ratanya diwakili pelajar tahun Satu ini menunjukkan peningkatan memberansangkan dan hampir menewaskan Sub Zero yang sudah diketahui kehebatannya

“Kita dapat mengheret mereka hingga ke set ketiga dan kekalahan kita hanyalah tipis. Tiada apa yang perlu digusarkan” - Wak


Sito, Kam, Wong dan pelajar Y1 lain mewakili Sub Zero


Bola Tampar Perempuan

“Kami akan bangkit,” begitulah kata-kata jurulatih bola tampar (berbaju kurung di dalam gambar)


Sebahagian pemain - menanti serve dari pihak lawan


Arahan sedang diberikan oleh jurulatih pasukan (bertudung coklat)

Bola Sepak

Sesi suai kenal antara pemain sambil taklimat oleh pengurus dan kapten pasukan


Merancang stratergi


Ibnu (kiri) sebagai penjaga gol tidak menghampakan dengan persembahan menarik. Berdiri sebelahnya adalah Zaid

Menembusi barisan pertahanan Sub Zero

Pasukan Nova Phoenix masih gagal mencari rentak terbaik dalam mencari gol namun pengurus pasukan, Shahkang masih berpuas hati prestasi pemain yang dikatakan lebih bermutu dari perlawanan pertama.

Bermula hambar seawal minit pertama, pemain Nova bangkit dengan beberapa percubaan menembusi pertaanan Sub Zero namun gagal mencecah jaring.
Babak kedua enyaksikan rombakan pemain dilakukan kerana keletihan dan masalah kecederaan namun tiada sebarang gol dijaring atau dibolos.

Sepak Takraw

Pudin, Farid, Fitri dan Pear tidak menghampakan peminat Nova setelah menang straight set 2-0 ke atas pasukan Sub Zero


Muhd Pear melakukan servis


Tiga sepasukan menanti servis lawan


Farid (macam nak terbang) dan Pudin

No comments: