Saturday, October 18, 2008

Laporan Hari Kedua

Walaupun mengalami kekalahan dalam 3 acara namun semangat ahli Nova Phoenix disuntik semula dengan kemenangan dramatik hoki dan sepak takraw.

Tennis
Perlawanan kali ini disertai oleh pelajar Y1, begitulah yang dikatakan ketua pasukan Tennis, Encik Ibnu ketika ditemui oleh pemberita semalam. Hal ini kerana kecederaan yang dialami oleh beberapa pelajar Y2 sememangnya tidak dapat dielakkan.

Namun perlawanan ditunda ekoran kilat dan hujan yang mula membasahi KMB sekitar jam 6.50 petang. Perlawanan sambungan akan diadakan kelak untuk menentukan pemenang
Keputusan semasa: 2-2

Bola Tampar (L dan P)
Walaupun akan mendukacitakan kerana tewas namun kapten, Dalila masih tetap optimis untuk kejayaan pada perlawanan akan datang
“Ini hanyalah satu permulaan dan kita masih banyak masa untuk mengubah,” begitulah katanya

Hoki
Muzal menjadi wira Nova Phoenix apabila menjaringkan 3 gol untuk membenam OC dalam perlawanan di gelanggang bola keranjang. Pujian harus diberikan kepada dia dan rakan-rakan yang lain iaitu Farid, Zaid MPP, Pali dan seorang pelajar Y1 yang kurang diketahui asal-usulnya kerana bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menang dengan 3-1

“Terbaik, kami berjaya menyerap tekanan walaupun ketinggalan,,” begitulah kata Zaid yang mempunyai blog bertajuk ‘Pencinta Terbaik’

Sepak Takraw
Ketinggalan akibat kekalahan pada set pertama tidak mematahkan semangat empat orang pemain takraw Nova— dua orang yang bernama Farid, Fitri dan Pudin. Mereka bangkit pada set kedua dan mata terakhir dipungut menerusi lipatan Pudin berdekatan jaring yang membuatkan
pemain lawan tercengang.

“Pudin bermain dengan baik sekali, lipat gulung yang sukar dicari di KMB,” kata Pokcik selaku pengadil perlawanan tersebut.

Bola Keranjang
Bertembung dengan pasukan pilihan OC sedikit pun tidak melunturkan semangat juang ahli Nova. Perlawanan sengit yang disaksikan kira-kira 50 orang penonton itu dimenangi oleh OC.

“Cuma kebetulan dan nasib, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kami yakin bangkit pada perlawanan seterusnya,” kata seorang pemain yang biliknya bernombor B112

No comments: