NOVA PHOENIX TERBANG TINGGI
Kemenangan besar Hoki, Bola Keranjang dan Sepak Takraw suntik semangat pemainPasukan Nova Phoenix mengamuk pada hari keempat dengan kemenangan menerusi jurang yang besar dalam hoki, bola keranjang dan sepak takraw.
Hal itu disahkan oleh coordinator Nova Phoenix, Encik Ibnu ketika ditemui malam semalam. Bola sepak pula hanya mencatatkan keputusan seri manakala bola tamper dan tennis masih mencari rentak untuk menemui kemenangan sulung.
Bola KeranjangWalaupun tiada pemberita hadir di gelanggang namun semangat pemain bola keranang yang diketuai Khalil Khairi tidak mudah luntur semangat lantas mengamuk dengan gaya tersendiri membenam Sub Zero 22-12.
Pasukan yang disertai oleh beberapa pemain terkemuka lain seperti Shahir, Hafiz, Daus berjaya melupakan kegagalan menentang OC tempoh hari
“Kami bernekad bertemu OC di perlawanan akhir untuk menebus kehampaan” - Shahir A07B
HokiMuzal dan rakan-rakan sekali lagi mencuri tumpuan dengan comeback menarik setelah ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama. Muzal yang juga pemain ragbi yang mewakili kolej ke KM Kulim tempoh hari lalu tidak menghampakan peminat dengan dua gol menarik sumbangannya.
Ketua pasukan Hoki, Farid Wajdi berasa yakin pasukannya mampu memberi saingan sengit ketika perlawanan akhir bertemu Dark Knight, khamis ini.

Pali melakukan hayunan deras sambil dihalang Aidil (kanan)

Muzal mencari rentak terbaik

Mengawal pintu gol dengan fokus yang tersendiri
TennisWalaupun tewas namun senyuman masih terukir di bibir setiap pemain dengan keazaman yang tersemat untuk perlawanan lusa bertemu Dark Knight.
Bola Tampar Lelaki
Syazwan (berseluar biru) - salah seorang tonggak utama pasukan

Skuad yang rata-ratanya diwakili pelajar tahun Satu ini menunjukkan peningkatan memberansangkan dan hampir menewaskan Sub Zero yang sudah diketahui kehebatannya
“Kita dapat mengheret mereka hingga ke set ketiga dan kekalahan kita hanyalah tipis. Tiada apa yang perlu digusarkan” - Wak

Sito, Kam, Wong dan pelajar Y1 lain mewakili Sub Zero
Bola Tampar Perempuan“Kami akan bangkit,” begitulah kata-kata jurulatih bola tampar (berbaju kurung di dalam gambar)

Sebahagian pemain - menanti serve dari pihak lawan

Arahan sedang diberikan oleh jurulatih pasukan (bertudung coklat)
Bola Sepak
Sesi suai kenal antara pemain sambil taklimat oleh pengurus dan kapten pasukan

Merancang stratergi

Ibnu (kiri) sebagai penjaga gol tidak menghampakan dengan persembahan menarik. Berdiri sebelahnya adalah Zaid

Menembusi barisan pertahanan Sub Zero
Pasukan Nova Phoenix masih gagal mencari rentak terbaik dalam mencari gol namun pengurus pasukan, Shahkang masih berpuas hati prestasi pemain yang dikatakan lebih bermutu dari perlawanan pertama.
Bermula hambar seawal minit pertama, pemain Nova bangkit dengan beberapa percubaan menembusi pertaanan Sub Zero namun gagal mencecah jaring.
Babak kedua enyaksikan rombakan pemain dilakukan kerana keletihan dan masalah kecederaan namun tiada sebarang gol dijaring atau dibolos.
Sepak TakrawPudin, Farid, Fitri dan Pear tidak menghampakan peminat Nova setelah menang straight set 2-0 ke atas pasukan Sub Zero

Muhd Pear melakukan servis

Tiga sepasukan menanti servis lawan

Farid (macam nak terbang) dan Pudin