Saturday, October 18, 2008

Laporan Hari Ketiga

Sedih - perlawanan ditunda,

Kekecewaan jelas terpampang di wajah setiap pemain bola jaring dan bola sepak Nova Phoenix setelah penganjur menunda perlawanan ke hari lain setelah hujan lebat di Bukit Changgang semalam.

Keputusan itu dibuat oleh penganjur bola sepak, Bapak Syafiq di pavilion. Perlawanan antara Dark Knight dan OC juga terpaksa ditangguhkan walaupun separuh masa pertama sudah berlangsung.

“Hujan membawa rahmat dan kita sepatutnya bersabar dan tidak kecewa dengan apa yang terjadi,” kata salah seorang pemain yang sudah pun memakai but untuk memanaskan badan.

Sementara itu, pasukan pingpong dikejutkan dengan kekalahan 2-1

Gembira - Skuad Badminton Terbaik

Muhd Pear muncul wira Nova setelah menumpaskan pemain Subzero pada set akhir menerusi saingan yang sengit dan menarik perhatian

“Kedua-dua pemain (Nova dan Subzero) menunjukkan prestasi membanggakan dan menarik. Namun Muhd Pear yang lebih berpengalaman tampak sukar digugat,”- Shahkang

Sebelum itu, Hanif dan pasangan beregunya berjaya menyelamatkan Nova dengan kemenangan di perlawanan kedua setelah Dalila dan Saida tumpas tipis melalui beregu wanita.


Dalila dan Saida berjuang untuk beregu wanita


Hanif dan pelajar Y1 - beregu lelaki


Mencari rentak


Muhd Pear menukar bulu tangkis

No comments: